Sunday, 18 September 2011

ANSWER 4 the all of question





Al Quran dah pun menjawab segala-galanya

Kenapa AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Kenapa AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

rasa FRUSTASI?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung

Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.

Pesan Hasan Al-Banna: "Sesungguhnya amanah yang ada itu lebih banyak dari waktu yang tersedia, untuk itu bantulah saudaramu dalam menyelesaikannya serta sederhanakanlah apa yang bisa disederhanakan"

saat tak seorangpun paham perasaanmu, berlarilah padaNya.
from me ( wan mohd khamal b mohd yusoff )
Allah jdikan manusia ni berpasangan, suma orng memerlukan nya, sbb bnda nie fitrah.... lelaki dan perempuan bukn dipasang utk persaingan mahupun hanya seorang sja mnjga yg seorang,, bagi aku,, lelaki dan prempuan djadi dan dipsng kan, utk saling melengkapi.... cukop buat kita saling hormat menghormati dan menerima pasangan seadanya bukan lah hanya dasar simpti tapi saling mmprcayai dan tidak berniat utk mngmbil kesmpatan... insyaallah.. doa agar, ada seseorang yg selama ini di cari, akan hadir membhgiakan diri...


KUMPULAN 1 : MENYOKONG TARAF LELAKI LAGI TINGGI DARIPADA WANITA..


Peluru2nya ialah:
1. Hak berpoligami..(tak pyah nak dihuraikan lg kan)..
2. Hak memimpin sbg ketua keluarga, negara etc.
3. Hak menjatuhkan talak (cerai)
4. Hak wali dalam memilih suami untuk anaknya
5. etc..sbb banyak sgt , siap dengan dalil2 sekali..


KUMPULAN 2 : MENYOKONG TARAF WANITA LAGI TINGGI DARIPADA LELAKI…


Peluru2 bagi kumpulan ini pula ialah:
1. Syurga di bawah telapak kaki ibu
2. Had hadhanah (penjagaan anak lepaz bercerai)
3. Hak memilih isteri untuk suaminya
4. Fasakh/khuluk
5. Hak nafkah
6. etc..sbb banyak sgt , siap dengan dalil2 sekali..




Moral of the story :


1. Sebenarnya.. tidak ada sape lagi tinggi taraf dari sape, kerana SEMUANYA SAMA DI SISI ALLAH SWT. Yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa kita kepada Allah swt. Jika lagi tinggi iman dan taqwanya, maka lagi tinggilah tarafnya di sisiNya.. taraf di sisi Allah tidak dapat dibezakan dengan jantina, kerana lelaki mahupun perempuan semuanya dapat masuk syurga, dan keduanya pun dapat masuk neraka..so, jgn sesekali jadikan factor jantina sbg penyebab anda tak dapat masuk syurga ya kawan2..sama2 lah kita berdoa agar kita sentiasa di bawah keredhaanNya..amiin..


2. Memang tak dapat dinafikan, lelaki@wanita dilebihkan dalam sesuatu perkara..tetapi..ingatlah kawan2..ALLAH ITU MAHA ADIL.. jika Dia kurangkan sesuatu untuk anda di sini, pasti Dia lebihkan sesuatu untuk anda di sana..jika dia kurangkan sesuatu untuk anda disana, pasti dia lebihkan sesuatu untuk anda di sini…jadi lelaki@wanita sebenarnya adalah sama taraf, TETAPI…




3. Wanita tidak boleh sama taraf dalam lelaki dalam sesetengah hal, dan lelaki tidak boleh sama taraf dalam sesetengah hal..for example: lelaki berpoligami, wanita pun nak berpoligami jugak..wanita mengandung, lelaki pun nak mengandung jugak..tak boleh yer sahabat2..Allah itu Maha Adil..telah diletakkan sesuatu itu olehNya memang sesuai pada tempatnya…


Jadi tak payahlah kita membahaskan apa yang terang lagi bersuluh..n tak payahlah nak join any club yang memperjuangkan hak asasi wanita @ lelaki, kerana keduanya sudah sama-sama terbela di dalam Islam..


Sama2lah kita renungkan…. 







Monday, 5 September 2011

Fitrah insani
Allah telah mencipta an nisa ( perempuan ) dan ar rijal ( lelaki ) bersama bukn lah utk persaingan semata mata, tetapi untuk saling melengkapi tatakala tiada sesapon tahu dan mampu mengubahnya… Cinta ada lah satu fitrah yang ada pada setiap diri kita semua, fitrah yang tak mampu kita halang semata mata. Tuhan tidak pernah menghukum kita dengan menggariskan pembatasan hak dan kebebasan dalam cinta.. cinta yang dibenar kan dalam islam ialah luahan hati sesame kita diiringi kasih sayang yang membuka pintu hati supaya menerima seseorang itu dengan ikhlas dan niat hati yang betul.
Seorang perempuan ni, bila dikenang, amat menyakitkan hati, tatkala merindui kata2 dan hembusan smngt dan keluhan yang datang dari dri dia… lemah lembut lembut, sopan santun, keayuan, tingkah laku yang menyejukan mata membuatkan  aku begitu terpesona melihat cara dan perwatakn yg dilahir dari dalm hati dan dizahirkan dgn perbuatan yg serba lembut… hati yang dimilikinya sungguh halus dan mulus mampu buat hati ku tertawa dan menangis., kelembutan yang dimiliki bukn lah satu kelemahan ataupun perbezaanya yang dimiliki, malah, klembutan disertakan kasih syg, mampu meruntuhkan hati yang keras lagi hitam ini. Sesungguhnya, itu yg ku mahukan. An nisa, bukanlah kecantikan  yang ku pandang kan, walaupun kdng kala aku tertarik dgnnya, percaya la,, bukn itu yang ku dambakan…  hanya keikhlasan dan ketulusan hati dari dalm dirimu.. utk kita menyukai seseorang amat lah mudah kita mengetahuinya kerana, menyukai seorang teman dan menyintai adalah satu yang berbeza sama sekali……… contohnya, apabila orang yang kita suka sedang menangis, kita akan cuba menggembirakn dy, dan apabila ada seseorang yg kita cinta pula sedang menangis, kita akan turut serta menangs bgi merasai apa dan berkongsi apa yang dirsainya… hargailah seseorang teman yang cuba hadir dlm hidop kita dgn ikhlas seperti mn dy menerima dan menghargai kita dengan ikhlas dan seadanya… kita akan apahm apa itu bahasa perasaan kelak, insyaAllah cinta yang suci dan sntiasa berada di jalan allah, akan diberkati dan diberi perlindungan.. jangan rasa menyesal atau rugi bila kelak hilanglah seseorang itu bersama prasaan yang jujurnya thdp kita.
by : wan mohd khamal bin mohd yusoff






Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

dugaan oohh dugaan... ( tuhan membntuk hambanya yang sabar )



Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.


Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,








"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.


Pengajaran:


Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.


Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).